SS367: SIRAM+

NUR SYIFA ULYA BINTI MOHD FERDAUS SMK SUNGAI LAYAR

INEX26 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 8 times | LS: 8.0
Like it? | Support them now!

SIRAM+ merupakan inovasi dalam bidang pertanian yang dibangunkan untuk membantu memudahkan proses penyiraman tanaman secara automatik. Sistem ini menggunakan mikropengawal Arduino yang diprogramkan melalui coding bagi mengawal operasi penyiraman berdasarkan keadaan persekitaran tanaman. Sensor suhu digunakan untuk memantau suhu persekitaran, manakala sensor kelembapan mengesan tahap kelembapan media tanah. Apabila media tanah dikesan kering, Arduino akan mengaktifkan pam air untuk menyiram tanaman secara automatik mengikut tetapan yang ditentukan. Sistem ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada penyiraman manual, menjimatkan masa dan menggalakkan penggunaan air secara lebih terkawal. SIRAM+ berpotensi meningkatkan kecekapan pengurusan tanaman serta menyokong amalan pertanian pintar, lestari dan berasaskan teknologi pada masa hadapan.