PR677: COMPLETE CLAMPING ENFORCEMENT (CC-FORCE)

EN. OPANIZAM BIN KAMARUZAMAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Kumpulan REAL IMPACT ( Rules Efficient Attitude Lesson) daripada Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Kajang yang terdiri daripada lima orang anggota telah menghasilkan inovasi CC-FORCE ( Complete Clamping Enforcement) iaitu alat pengapitan kenderaan bertayar besar. Inovasi ini tercetus daripada permasalahan anggota Unit Kapit yang menghadapi kesukaran Mengapit kenderaan bertayar besar semasa menjalankan tugasan penguatkuasaan. Keadaan ini turut menimbulkan ketidakpuasan hati Orang Yang Kena Kapit (OKK) kerana tindakan pengapitan tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Melalui pendekatan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), ahli kumpulan telah mengenalpastipunca masalah dan menambah baik produk sedia ada bagi menghasilkan CC-Force yang lebih praktikal, sistematik dan berkesan. Penggunaan CC-Force membantu memastikan pelaksanaan SOP pengapitan lebih teratur, menyeluruh dan efisien. Pendekatan ini dapat meningkatkan kecekapan anggota, mengurangkan kekangan operasi serta menyokong penyampaian perkhidmatan penguatkuasaan yang berkesan. Inovasi ini berpotensi diperluaskan penggunaannya kepada anggota penguatkuasaan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkaitan, khususnya di negeri Selangor dan seluruh Malaysia.