PS299: BREWTERRA POT : INOVASI PASU BIODEGRADASI

THARANIYARASAN A/L MURALEE SJKT LDG BOH 1

 

BREWTERRA POT : INOVASI PASU BIODEGRADASI

Muhammad Aiman bin Zamri,
Tharaniyarasan A/L Muralee1Krishnan A/L Kumar 2 & Kavin Kumar A/L Dineshwaran3

SJK(T) LDG BOH 1

ABSTRAK

BrewTerra Pot ialah inovasi pendidikan hijau yang menghasilkan pasu biodegradasi daripada kotak telur dan serbuk teh terpakai sebagai alternatif kepada pasu plastik, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4, SDG 12 dan SDG 13). Lambakan kotak telur dan serbuk teh yang tidak dimanfaatkan menyumbang kepada peningkatan sisa pepejal, manakala penggunaan pasu plastik terus memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Selain itu, pembelajaran berkaitan kitar semula di sekolah masih kurang memberi pengalaman amali kepada murid. Kajian menggunakan reka bentuk eksperimen dan pemerhatian. Kotak telur diproses menjadi pulpa sebelum dicampurkan dengan serbuk teh dan gam ubi kayu kemudian dibentuk menggunakan acuan serta dikeringkan selama tiga hari. BrewTerra Pot yang dihasilkan diuji sebagai medium penanaman melalui pemerhatian terhadap ketahanan struktur, saliran air dan pertumbuhan tanaman. Dapatan menunjukkan pasu yang dihasilkan mempunyai struktur yang kukuh, ringan, berfungsi dengan baik sebagai medium penanaman serta menyokong pertumbuhan tanaman secara normal. Murid turut menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan tentang kitar semula, kelestarian alam sekitar serta kemahiran STEM, komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan penyelesaian masalah melalui pembelajaran berasaskan projek. Inovasi ini menggabungkan konsep ekonomi kitaran, pendidikan STEM, pembelajaran berasaskan projek (PBL) dan pendidikan untuk pembangunan lestari dalam satu produk yang praktikal dan mesra alam. Kebolehgunaan dan Potensi BrewTerra Pot berpotensi digunakan sebagai bahan bantu mengajar, projek kelab alam sekitar, kit pembelajaran STEM, produk keusahawanan sekolah serta alternatif mesra alam kepada pasu plastik konvensional dengan kos penghasilan yang rendah dan mudah diperluaskan.

 

Kata kunci: BrewTerra Pot, pasu biodegradasi, kitar semula, pendidikan STEM, kelestarian alam sekitar.

 

stract Here!