MUHAMMAD ARYAN SAFWAN BIN MOHD SAIFUL SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
PINEXUS merupakan projek inovasi yang bertujuan menghasilkan tiga produk bernilai tambah daripada nanas, iaitu Pineapple Caviar, Pineapple Energy Bar dan Pineapple Bioenzyme. Projek ini tercetus daripada isu pembaziran buah nanas dan bahan sampingannya seperti kulit, empulur dan serat. Pineapple Caviar dihasilkan menggunakan jus nanas dan agar-agar, manakala Pineapple Energy Bar menggabungkan serat nanas dengan bahan makanan lain. Pineapple Bioenzyme pula dihasilkan melalui proses fermentasi sisa nanas. Projek ini mengaplikasikan konsep STEM, upcycling dan ekonomi kitaran bagi mengurangkan pembaziran serta meneroka potensi pengkomersialan. PINEXUS membawa slogan “One Pineapple, Three Innovations, Zero Waste” demi kelestarian alam sekitar.