ANIS AIENA BINTI ZAINUDDIN Kolej Vokasional Kuala Kangsar
Produk The Friction Race Track merupakan bahan bantu mengajar yang dibangunkan berdasarkan konsep sains fizikal, khususnya daya geseran. Produk ini bertujuan membantu kanak-kanak memahami bagaimana permukaan yang berbeza mempengaruhi pergerakan kenderaan. Dari segi kebolehpasaran, produk ini sesuai dijual kepada guru pendidikan awal kanak-kanak dan guru sains kerana dapat menjimatkan kos serta tenaga dalam penyediaan bahan bantu mengajar. Selain itu, The Friction Race Track memberikan impak positif kepada guru, kanak-kanak dan masyarakat. Guru dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif, manakala kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan kognitif melalui aktiviti pemerhatian dan pembelajaran secara visual.