AMANY ZAFIRAH PUTERI BINTI ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI
ABSTRAK
Inovasi “Nota AI Interaktif: Menghubungkan Kreativiti dengan Teknologi” dibangunkan
untuk meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui
integrasi kreativiti manual dan teknologi moden. Permasalahan utama yang dikenal
pasti ialah kebiasaan murid yang berasa bosan dan kurang berfokus terhadap nota
berasaskan teks konvensional. Melalui inovasi ini, murid memulakan proses
pembelajaran dengan menghasilkan nota tulisan tangan yang dilengkapi dengan
elemen visual dan bergambar. Nota fizikal ini kemudiannya digabungkan dengan
teknologi Artificial Intelligence (AI) menggunakan platform ChatGPT untuk ditukarkan
kepada versi digital yang lebih sistematik, interaktif, dan mudah diakses. Hasil
pelaksanaan inovasi ini menunjukkan peningkatan dalam kefahaman konsep, daya
kreativiti, serta motivasi murid untuk belajar secara kendiri. Kesimpulannya,
penggabungan elemen seni visual dan teknologi AI ini bukan sahaja memperkasakan
nota pembelajaran, malah memupuk kemahiran literasi digital dan pemikiran kritis
murid sejajar dengan keperluan pendidikan abad ke-21.