TR531: E DIDIK KERJAYA

AMIRUL IZZAT BIN ISMAIL KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan pelaksanaan langkah E Didik Kerjaya dan Fail Kerjaya dalam menyelesaikan masalah pemahaman dan motivasi pelajar. Peserta kajian seramai 20 orang pelajar kohort 2024 dan 20 orang pelajar kohort 2025 dimana melibatkan bidang Teknologi Mekanikal dan Pembuatan, Teknologi Elektrik dan Elektronik, Teknologi Awam dan Teknologi Maklumat di Kolej Vokasional Kuala Krai. Pengumpulan data awal melalui ujian menunjukkan pelajar tidak memahami dan bermotivasi untuk sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana muda. Kajian ini menggunakan instrument ujian pra, ujian pasca, temu bual dan pemerhatian. Pelaksanaan produk ini dilaksanakan untuk meningkatkan pemahaman dan motivasi pelajar untuk sambung belajar. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman pelajar melalui min ujian pra telah meningkat daripada 83% kepada 92.40% (kohort 2024) dan daripada 83.80% kepada 93.10% (kohort 2025) dalam ujian pasca. Dapatan temu bual juga menunjukkan majoriti pelajar memahami kepentingan sambung belajar. Aspek motivasi pula dapatan menunjukkan melalui hasil pengisian Unit Pusat Universiti (UPU) pelajar-pelajar yang meningkat dimana kohort 2024 seramai 12 orang manakala meningkat kepada 32 orang bagi kohort 2025. Umumnya, pelaksanaan E Didik Kerjaya dan Fail Kerjaya telah berjaya meningkatkan pemahaman dan motivasi pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Rumusannya, pelaksanaan produk ini sesuai untuk disebarluaskan dan menjadi panduan kepada mana-mana institut pengajian kerana fungsinya yang pelbagai kaedah dalam penyampaian.