NUR MUHAMMAD ZHARIF BIN MOHD REDZUAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PERAH
SafeKid Smart Band merupakan inovasi keselamatan bagi mengurangkan risiko bayi dan kanak-kanak tertinggal di dalam kenderaan. Inovasi ini menggunakan teknologi Bluetooth Low Energy (BLE) melalui mikropengawal XIAO ESP32-C3 yang dihubungkan dengan aplikasi SafeKid Monitor pada telefon pintar. Gelang pintar dipakaikan pada kanak-kanak untuk memantau sambungan Bluetooth dengan telefon penjaga. Apabila sambungan terputus atau melebihi jarak ditetapkan, aplikasi mengaktifkan amaran “CHECK YOUR BABY” secara automatik. Produk ini mudah digunakan, boleh dicas semula dan tidak memerlukan pengubahsuaian kenderaan. Inovasi ini berpotensi meningkatkan keselamatan, kesedaran dan kepekaan penjaga serta dikembangkan dengan penambahan sensor kesihatan dan teknologi pemantauan yang lebih menyeluruh.