SS607: SEJARAH MALAYSIA DALAM E-KOMIK INTERAKTIF AI

Siti Zulaikha Binti Mohd Rosman KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI

Inovasi “Sejarah Malaysia dalam E-Komik Interaktif AI” merupakan satu 
pendekatan pedagogi hibrid kreatif yang menggabungkan keaslian seni lukisan 
manual dengan keupayaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi mentransformasi 
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Sejarah pembentukan Malaysia. 
Masalah kebergantungan kepada teks tebal, kronologi peristiwa yang kompleks, serta 
kekurangan bahan digital interaktif sering menyebabkan pelajar hilang minat dan 
sukar menghafal fakta sejarah. Bagi mengatasi kekangan ini, projek inovasi ini 
mengadaptasi pendekatan hibrid di mana peristiwa penting pembentukan Malaysia 
dilukis tangan secara bersiri, kemudian diperkembangkan menerusi integrasi AI 
(ChatGPT) untuk menjana skrip berfakta, senario bercabang (branching scenario), 
dan aktiviti penilaian interaktif yang boleh diakses secara fleksibel melalui pelbagai 
peranti digital. Hasil pelaksanaan menunjukkan peningkatan ketara dalam tumpuan 
dan minat pelajar visual, di samping mempermudah daya ingatan terhadap kronologi 
utama seperti Pembentukan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold, dan Perjanjian Malaysia 
1963 (MA63). Selain menggalakkan amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) dan 
literasi AI secara beretika, inovasi ini terbukti meningkatkan prestasi akademik serta 
mengubah persepsi pelajar terhadap subjek Sejarah kepada pengalaman 
pembelajaran yang dinamik, menyeronokkan, dan relevan dengan era digital.