AFIFF JAZIMIN BIN MOHD RADZUAN Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor
Type Your Abstr
Pengurusan kebersihan ternakan merupakan aspek kritikal dalam menjamin biosekuriti ladang. Isu utama yang dihadapi khususnya di Unit B Agroindusttri Ternakan Ruminan adalah kesukaran menanggalkan najis ternakan yang telah kering dan mengeras pada kulit dan bulu ternakan lembu akibat di biar lama. Projek ini dijalankan bertujuan untuk memudahkan proses pembersihan lembu dan mempercepatkan rutin pembersihan ternakan dengan lebih efisien. Untuk menghasilkan quickclean iaitu produk sabun semburan cecair organik yang boleh meluntur kekotoran pada bulu dan kulit lembu dalam masa yang singkat. Untuk menilai keberkesanan produk quickclean dari segi tindakbalas kebersihan sabun ini keatas bulu dan kulit ternakan lembu. Produk ini dihasilkan menggunakan air rebusan daun mambu, gel lidah buaya, dan sistem surfaktan organik castile soap. Kaedah pengujian melibatkan pengukuran masa tindak balas dan pemerhatian terhadap kadar kelonggaran najis. Analisis data dilakukan secara deskriptif dengan membandingkan tahap kebersihan sebelum dan selepas aplikasi serta penilaian terhadap kestabilan buih pada suhu persekitaran yang berbeza. Hasil analisis data menunjukkan bahawa produk quickclean berkesan dalam menanggalkan kotoran, selamat digunakan dan mudah dikendalikan. Secara keseluruhannya, projek ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan berpotensi dijadikan alternatif kepada produk pembersih komersial sedia ada.
act Here!