MUHAMMAD IZZAT AMSYAR BIN AZEHAR SMK SUNGAI LAYAR
AGROGUARD X 3.0 merupakan projek inovasi pertanian moden berasaskan teknologi Arduino Uno R3 yang dibangunkan untuk membantu memantau dan mengurus keadaan tanaman secara lebih cekap. Sistem ini mengintegrasikan buzzer, paparan LCD, penunjuk LED, panel solar, channel relay module, sensor cahaya, sensor paras air, sensor titisan hujan, sensor kelembapan tanah dan HC motion sensor. Data daripada sensor membantu pengguna memantau kelembapan tanah, paras air, keadaan cuaca, pencahayaan dan pergerakan di kawasan tanaman. Sistem ini turut dihubungkan dengan aplikasi telefon pintar bagi membolehkan pemantauan dilakukan secara masa nyata. AGROGUARD X 3.0 dapat menjimatkan tenaga, mengurangkan kerja manual, mengoptimumkan penggunaan air serta meningkatkan kecekapan pengurusan pertanian moden yang pintar, lestari dan sistematik.