ELEONORITHA GHARITH STEPHENSON KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Type Your A
Inovasi MySpeedometer dibangunkan khusus bagi membantu 24 orang pelajar Semester 4 Pemesinan Industri (MPI) KV Miri dalam subjek Matematik A03401. Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan kefahaman konseptual serta melonjakkan prestasi akademik mereka bagi topik Graf Laju-Masa. Sebelum intervensi, ujian pra pada 11 November 2025 menunjukkan purata markah kritikal (36%) akibat kekeliruan konsep melukis skala gerakan. Berpandukan Teori Pembelajaran Kontekstual, projek ini menghubungkan idea matematik abstrak dengan pengalaman harian melalui analogi meter kenderaan secara hibrid: pertandingan fizikal kumpulan (8 Disember 2025) dan ujian pos digital Google Forms semasa banjir (9 Disember 2025). Projek ini membawakan kesan yang sangat luar biasa melalui tiga impak utama. Pertama, pelajar MPI sebagai penganjur berjaya memupuk kemahiran kepimpinan serta keyakinan diri yang tinggi menerusi pendekatan pembelajaran rakan sebaya. Kedua, PNG kelas meningkat sebanyak 0.73, sekali gus melonjak kepada PNG 3.03 selepas keputusan rasmi diumumkan (30 April 2026) dan dianalisis pada 5 Mei 2026. Ketiga, kohort keseluruhan mencatatkan purata PNGK 3.1 (rekod terbaik 5 tahun), 13 pelajar mendapat gred cemerlang (A/A-), serta mengekalkan 100% kelulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM). Susulan penilaian akhir (17 Mac 2026) dan kutipan maklum balas (11 Mei 2026), inovasi ini terbukti menyokong penuh SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) demi kelestarian pendidikan vokasional.
Kata Kunci: MySpeedometer, Pembelajaran Rakan Sebaya, PNG Kelas, Kohort MPI, SDG 4