SS403: HI-FI BANANA SOURDOUGH BREAD

NUR ALEESYA ZAHRA BINTI FIKRI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

Pengambilan serat yang tidak mencukupi merupakan cabaran kesihatan global yang boleh menyumbang kepada masalah pencernaan, kolesterol tinggi dan penyakit metabolik. Roti pisang tradisional pula lazimnya mempunyai kandungan serat yang rendah, sedangkan permintaan terhadap makanan berfungsi semakin meningkat. Justeru, High Fibre Sourdough Banana Bread diinovasikan sebagai alternatif roti yang lebih berkhasiat melalui teknologi fermentasi sourdough dan penggunaan bahan semula jadi seperti pisang, oat dan psyllium husk. Gabungan oat dan psyllium husk membantu meningkatkan kandungan serat serta nilai pemakanan, manakala sourdough starter menggantikan bahan penaik kimia dengan proses fermentasi semula jadi yang memberikan keunikan dari aspek rasa, aroma dan tekstur. Produk ini menawarkan pelbagai khasiat dalam satu hidangan serta membantu pengguna meningkatkan pengambilan serat harian melalui makanan yang mudah diterima berbanding suplemen serat. Selaras dengan perkembangan pesat trend makanan sihat dan pasaran produk berserat tinggi yang dijangka berkembang sebanyak 9.2% setahun, produk ini mempunyai potensi komersial yang luas. Inovasi ini menggabungkan konsep roti artisan moden dengan fungsi kesihatan, sekali gus memenuhi keperluan pengguna terhadap produk makanan yang lazat, berkhasiat dan praktikal.