PS772: UNITiBOX

NUR RAIFA HAZHIYYA BINTI MIOR RAZALI SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR PERDANA

INEX26 | Primary School

CR: 0.1250 | 1 Likes | 8 Views | 16 times | LS: 17.1
Like it? | Support them now!

Aplikasi Digital Inovatif bagi Kemahiran Penukaran Unit Matematik

Kemahiran penukaran unit merupakan salah satu aspek penting dalam pembelajaran Matematik sekolah rendah. Walau bagaimanapun, murid sering menghadapi kesukaran menentukan operasi yang betul, sama ada darab atau bahagi, serta melakukan pengiraan dengan tepat semasa menukar unit ukuran. Bagi mengatasi masalah ini, UNITiBox dibangunkan sebagai satu inovasi digital yang membantu murid menguasai kemahiran penukaran unit secara mudah, sistematik dan berkesan. Aplikasi ini menyasarkan murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Keunikan utama UNITiBox ialah penggunaan kaedah kotak unit yang membolehkan murid melakukan penukaran unit tanpa perlu menghafal operasi darab atau bahagi. Sebaliknya, murid hanya perlu memahami susunan kotak dan kedudukan digit untuk melaksanakan proses penukaran dengan lebih teratur. Kaedah ini menjadikan pembelajaran lebih visual, mudah difahami dan mesra murid yang mempunyai tahap penguasaan berbeza. UNITiBox boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta sebagai medium pembelajaran kendiri. Inovasi ini berpotensi membantu mengurangkan kesilapan pengiraan, meningkatkan kefahaman konsep penukaran unit dan membina keyakinan murid dalam menyelesaikan masalah Matematik. Secara keseluruhannya, UNITiBox merupakan alternatif pembelajaran digital yang praktikal, inovatif dan berpotensi diperluas penggunaannya dalam pendidikan Matematik sekolah rendah.