TR142: Pelaras Pendiri Paip

MOHAMMAD SHAHRIL ADREE BIN MOKTHAR KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN

INEX26 | Tertiary Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 4 times | LS: 4.0
Like it? | Support them now!

Jig Kimpal Paip merupakan satu inovasi yang dibangunkan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) amali kimpalan paip di Bengkel Teknologi Kimpalan, Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan. Inovasi ini direka bentuk untuk mengatasi kelemahan jig kimpal paip sedia ada yang tidak ergonomik, sukar dialihkan, serta tidak mempunyai pelarasan ketinggian dan sudut kimpalan. Kekangan tersebut menyukarkan pelaksanaan demonstrasi oleh pensyarah dan guru serta mengurangkan keberkesanan pembelajaran pelajar dalam menguasai teknik kimpalan pelbagai posisi.

Jig yang dibangunkan ini dilengkapi dengan sistem mudah alih menggunakan roda, mekanisme pelarasan ketinggian, serta pelarasan sudut paip yang membolehkan latihan dijalankan bagi kedudukan kimpalan 1G, 2G, 5G dan 6G. Ciri-ciri ini menjadikan jig lebih ergonomik, fleksibel dan sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar (ABM) yang dapat meningkatkan kualiti demonstrasi serta pengalaman pembelajaran secara praktikal.

Hasil inovasi ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan dan keselesaan pengguna, memudahkan pergerakan jig di dalam bengkel, mengurangkan masa penyediaan latihan, serta mempertingkatkan penguasaan kemahiran pelajar terhadap teknik kimpalan paip mengikut standard industri. Secara keseluruhannya, pembangunan Jig Kimpal Paip ini bukan sahaja menyokong amalan PdP yang lebih efektif, malah berpotensi menjadi inovasi yang memberi nilai tambah kepada institusi TVET dalam melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri.