PR780: KERANGKA KBAT PENDIDIKAN ISLAM : LABAH PLUS 2.0

ROSLAN BIN YASNAIN SM SAINS KOTA TINGGI

INEX26 | Professional Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 20 Views | 33 times | LS: 33.0
Like it? | Support them now!

LABAH PLUS merupakan inovasi pedagogi digital yang dibangunkan untuk membimbing murid menghasilkan jawapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pendidikan Islam secara sistematik. Inovasi ini menangani kesukaran murid mengenal pasti isi, mengembangkan huraian, menjelaskan kesan serta membina kesimpulan berteraskan nilai Islam. Pembangunannya berpandukan Model ASSURE yang merangkumi analisis murid, penetapan objektif, pemilihan kaedah, media dan bahan, penggunaan bahan, penglibatan aktif serta penilaian dan penambahbaikan. Kerangka LABAH menggabungkan lima langkah, iaitu Lihat Soalan, Analisis Idea, Bina Huraian, Aplikasi Situasi atau Kesan dan Hasilkan Kesimpulan. Langkah pertama menetapkan fokus soalan, manakala empat langkah berikutnya membentuk empat ayat jawapan. Keunikan inovasi ini ialah integrasi infografik, laman sesawang dan ejen kecerdasan buatan sebagai pembimbing latihan kendiri. Ejen memberikan panduan dan maklum balas struktur tanpa menggantikan penulisan murid, sementara guru menyemak ketepatan kandungan. LABAH PLUS berpotensi menyokong pembelajaran kendiri, meningkatkan keyakinan serta memperkukuh kemahiran menyusun jawapan KBAT melalui latihan berperingkat yang fleksibel, interaktif dan mudah diakses.