TUAN MUHAMMAD FARIS HAMZI TUAN IBRAHIM UNIVERISITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Transformasi jenayah ke platform digital meningkatkan keperluan pengurusan keterangan elektronik yang sistematik dalam prosiding jenayah Syariah. Kelemahan dokumentasi rantaian jagaan boleh menjejaskan integriti, ketulenan dan kebolehpercayaan keterangan di mahkamah. Sehubungan itu, Siraj dibangunkan sebagai sistem berasaskan web yang mengintegrasikan pengurusan keterangan antara penguatkuasaan agama, pendakwaan Syarie dan Mahkamah Syariah. Sistem ini menyediakan fungsi pendaftaran kes, rekod nilai hash, pemindahan jagaan, penjejakan status, log audit dan penjanaan laporan. Prototaip ini berpotensi memperkukuh integriti, kebolehkesanan, akauntabiliti dan kecekapan dokumentasi serta menyokong transformasi pengurusan keterangan digital dalam sistem keadilan jenayah Syariah di Malaysia.