MUHAMMAD QAYYIM FAKHRULLAH BIN MOHAMMAD ISWAN KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Inovasi Bingo Agogo menangani kebosanan pembelajaran Matematik SVM Kolej Vokasional Miri bagi topik Persamaan Serentak dan Kuadratik (70% markah). Menggabungkan gamifikasi, pelajar membina sendiri lebih 100 soalan dan menggunakan kalkulator saintifik untuk menyemak jawapan dengan pantas. Aktiviti ini memupuk kerjasama berpasukan semasa menganjurkan pertandingan kelas, di samping integrasi Canva AI untuk mod lawan robot. Suasana pembelajaran menjadi lebih ceria dan interaktif. Hasilnya, Purata Nilai Gred (PNG) kohort 2026 meningkat ketara kepada 3.20 (Gred B) berbanding 2.98 (Gred C+), jauh melampaui sasaran 2.6 serta menyokong sasaran pembelajaran berkualiti SDG 4