SS306: BROVOS 2.5

MUHAMMAD RIFQI BIN MUHD HAFIZ SM SAINS KOTA TINGGI

INEX26 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 11 Views | 8 times | LS: 8.0
Like it? | Support them now!

BRAVOS 2.5 ialah inovasi laman web Pendidikan Islam yang dibangunkan untuk membantu murid menengah rendah menguasai bidang Sirah. Inovasi ini menangani kesukaran murid mengingat fakta dan memahami peristiwa Sirah melalui nota digital, kuiz interaktif, lagu hafalan serta video berasaskan kecerdasan buatan. Pembangunannya berpandukan Model ASSURE, manakala penyampaian pembelajaran mengambil kira Model Malakat Pendidikan Islam Ibnu Khaldun dan Modul ULUL AL-BAB. Penilaian pengguna menunjukkan purata min keseluruhan 4.24, iaitu pada tahap tinggi. Murid memberikan maklum balas positif terhadap keupayaan BRAVOS 2.5 merangsang minat mengulang kaji, membantu kefahaman dan menyediakan bahan rujukan yang mudah dicapai. Dapatan ini menunjukkan BRAVOS 2.5 berpotensi menjadi bahan sokongan pembelajaran Sirah yang menarik dan sesuai digunakan di dalam kelas serta untuk ulang kaji kendiri.

Kata kunci: BRAVOS 2.5, Pendidikan Islam, Sirah, pembelajaran digital, kecerdasan buatan.