PS179: Smart Terrapods: Sistem Terrarium Pintar Untuk Isopod

Muhammad Aidil Ammar Bin Kamarul Hafizie SK MELA

INEX26 | Primary School

CR: 0.3500 | 7 Likes | 20 Views | 15 times | LS: 24.5
Like it? | Support them now!

Smart Terrapods: Sistem terrarium pintar untuk isopod

Muhammad Aidil Ammar bin Kamarul Hafizie 

& Muhammad Ukail Muayyad bin Mujahid

Sekolah Kebangsaan Mela.

ABSTRAK

Smart Terrapods merupakan kit terrarium pintar yang menggabungkan ekosistem hidup dengan teknologi digital bagi menyokong pembelajaran STEM secara kontekstual. Inovasi ini menggunakan mikropengawal ESP32, sensor SHT30, paparan OLED serta modul lampu isyarat untuk memantau keadaan habitat isopod secara masa nyata. Pengguna akan menerima maklum balas secara visual bagi membantu tindakan penjagaan habitat yang bersesuaian. Dalam konteks pendidikan, Smart Terrapods digunakan sebagai medium pembelajaran Sains bagi murid Tahun 5 di Malaysia kerana menggabungjalinkan konsep kemandirian spesieshaiwan dan Tumbuhan dalam satu habitat. Murid turut mengumpul, merekod, menganalisis data serta membuat keputusan berdasarkan pemerhatian. Pendekatan ini selari dengan dapatan bahawa teknologi digital berpotensi untuk mencipta pembelajaran bermakna apabila menggunakan pendekatan pedagogi yang sesuai (Forsström et al., 2025). Inovasi ini juga berpotensi untuk ditambah baik lagi dengan aplikasi mudah alih dan sistem penyembur air automatik bagi meningkatkan fungsi pemantauan dan penjagaan terrarium.

Kata kunci: Smart Terrapods, terrarium pintar, isopod, STEM, SHT30, pembelajaran berasaskan projek (PBL)