NUR DANIA FITRIYAH BINTI MUHAMAD HAFFSHAM KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI
Inovasi “SUNOCAPCUT: Lagu Demokrasi Generasi Madani” dibangunkan untuk
mengintegrasikan kreativiti penulisan lirik manual oleh pelajar dengan teknologi kecerdasan
buatan (Suno AI) serta aplikasi penyuntingan media (CapCut) bagi meningkatkan kefahaman
terhadap tajuk Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Inovasi ini direka bagi
menangani isu konsep kewarganegaraan yang abstrak, kekurangan bahan bantu belajar
berasaskan audio-visual, serta penggunaan teknologi AI yang masih terhad dalam pengajaran
dan pembelajaran. Melalui pendekatan hibrid dan kesan mnemonik muzik, fakta perundangan
diubah menjadi lagu digital MP3 dan seterusnya video MP4 interaktif yang dilengkapi sari
kata. Dapatan menunjukkan bahawa inovasi ini berkesan mempercepat pemahaman dan
daya ingatan pelajar, meningkatkan penglibatan aktif, serta memperkasakan kemahiran abad
ke-21 (PAK-21) dan literasi digital pelajar.