PS655: JoSaH Caterpillar

NUR HANI ZULAIKHA BINTI SAIDI SK SENTOSA,TAWAU

INEX26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 8 times | LS: 8.0
Like it? | Support them now!

JoSaH Caterpillar (Jom Sambung Huruf Hijaiyyah) merupakan inovasi pembelajaran yang direka bagi membantu murid Tahun 3 dan 4 menguasai kemahiran menyambung huruf Hijaiyyah secara berperingkat, interaktif dan menyeronokkan. Inovasi ini dibangunkan berikutan dapatan pemerhatian guru yang menunjukkan sebahagian murid masih menghadapi kesukaran mengenal pasti bentuk huruf pada kedudukan awal, tengah dan akhir perkataan, sekali gus menjejaskan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Arab. JoSaH Caterpillar menggunakan konsep ulat bulu sebagai medium pembelajaran, di mana setiap segmen badan ulat mewakili satu tahap atau aktiviti yang perlu diselesaikan oleh murid sebelum bergerak ke peringkat seterusnya. Pendekatan pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning) dan bahan manipulatif ini meningkatkan penglibatan aktif murid, merangsang pemikiran visual serta mengukuhkan penguasaan kemahiran menyambung huruf Hijaiyyah secara sistematik. Inovasi ini juga membolehkan guru melaksanakan pengajaran yang lebih berpusatkan murid, menyeronokkan dan mudah disesuaikan mengikut tahap penguasaan individu. Pelaksanaan JoSaH Caterpillar dijangka dapat meningkatkan motivasi, keyakinan dan pencapaian murid dalam pembelajaran Bahasa Arab, di samping menyediakan bahan bantu mengajar yang kreatif, kos efektif, mudah digunakan serta berpotensi diperluaskan penggunaannya di sekolah rendah. Inovasi ini diharapkan dapat menyokong usaha memperkasa penguasaan asas literasi Bahasa Arab dalam kalangan murid selaras dengan aspirasi pendidikan abad ke-21.

 

Kata kunci : JoSaH Catterpillar, huruf hijaiyyah, menyambung huruf, Tahun 3 dan 4, bahasa Arab

.