MUHAMMAD NURFIRAS BIN ABDUL JALIL KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT
ABSTRAK
Projek Smart Hydroponic Monitoring System merupakan sistem pemantauan hidroponik berasaskan Internet of Things (IoT) yang dibangunkan untuk memudahkan penjagaan tanaman. Sistem ini menggunakan ESP32 sebagai pengawal utama dan sensor paras air untuk memantau tahap air dalam tangki. Maklumat paras air dihantar ke aplikasi Blynk bagi membolehkan pengguna membuat pemantauan melalui telefon pintar. Selain itu, sistem ini dilengkapi dengan lampu LED dan buzzer sebagai amaran apabila paras air berada pada tahap rendah. Projek ini bertujuan membantu pengguna, khususnya pelajar dan suri rumah, mengurus tanaman hidroponik dengan lebih mudah, sistematik dan cekap walaupun mempunyai kekangan masa.