TR484: AGRO_CORNW

MUHAMMAD MAULID AMAR BIN ROMZI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR

Agro_CornW adalah makan pellet dwiguna hasil gabungan bahan semula jadi tempatan yang diformulasi  khusus sebagai baja organik pada tanaman dan juga dijadikan makanan lembu. Produk ini dapt mengurangkan kebergantungan pada baja kimia dan dedak lembu yang mempunyai kenaikan harga yang drastik. DI kolej vokasional Pertanian Chenor ini terdapat 9 program pertanian dan unit tanaman serta ternakan ruminan merupakan unit yang mendapat keuntungan jika produk ini dapat dipasarkan dengan jayanya. Produk ini telah diuji oleh pelajar tanaman pada tanaman melon juga diberi pada lembu sado di unit ruminan. Bahan-bahan utama adalah sisa jagung dan daun tin yang pelajar tanam sendiri, dedak beras, EM dan molasses. Produk ini sekali gus dapat mengelakkan pembaziran sisa tanaman di unit tanaman. Kandungan jagung dan daun tin yang mengandungi serat, protein, mikrob berfaedah dapat merangsang pencernaan lembu. Rasanya yang sedikit manis disukai lembu, kaya dengan organik dan juga unsur mikro N P K. Daun tin ( Ficus carica ) berpotensi digunakan sebagai baja organik untuk tanaman kerana mengandungi bahan organik dan sebatian semula jadi yang boleh dikitar semula ke dalam tanah.