SUFI QAISARA BINTI MOHD YUSOF SK SUNGAI BULOH
ARA-B-GA ialah singkatan daripada Arabic Blocks Gamification iaitu satu inovasi pendidikan berasaskan permainan didik hibur yang menggabungkan elemen manipulatif dan teknologi melalui permainan maujud dan permainan digital interaktif. Inovasi ini dibangunkan untuk membantu murid sekolah rendah menguasai kemahiran menyambung huruf hijaiyyah dengan betul serta mengenal pasti perubahan bentuk huruf berdasarkan kedudukannya dalam perkataan, iaitu di awal, tengah dan akhir. Melalui pendekatan pembelajaran interaktif, kreatif dan menyeronokkan, murid dapat mempelajari kaedah penyambungan huruf secara lebih mudah dan sistematik melalui blok-blok huruf. Inovasi ini turut membantu murid membezakan huruf yang boleh disambung dan huruf yang tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya. Penggunaan bahan manipulatif dan elemen gamifikasi serta gabungan teknologi digital interaktif meningkatkan penglibatan, motivasi serta keyakinan murid. Secara keseluruhannya, inovasi ini berpotensi meningkatkan penguasaan tulisan Arab dan kemahiran menulis perkataan Arab secara berkesan, sekali gus menyokong pembelajaran kendiri yang bermakna.