PR782: OPERATION GLOBAL SHIELD

NUR HAFIZA AHMAD SHUKRI SMK BANDAR SAUJANA PUTRA

Topik 10.1 Malaysia dalam Isu Global Kontemporari merupakan antara kandungan penting dalam 
mata pelajaran Sejarah Tingkatan 5 yang memerlukan murid memahami pelbagai isu global 
seperti penyalahgunaan dadah, pertindihan sempadan, kempen antiminyak sawit, 
pemerdagangan orang dan penyakit berjangkit. Namun begitu, pemerhatian semasa proses 
pengajaran dan pembelajaran mendapati murid kurang berminat terhadap kaedah pembelajaran 
konvensional yang berasaskan nota dan hafalan fakta, sekali gus menjejaskan tahap 
penguasaan mereka terhadap topik tersebut. Bagi menangani isu ini, satu inovasi digital yang 
dikenali sebagai Operation Global Shield telah dibangunkan menggunakan Canva Code. 
Inovasi ini mengintegrasikan elemen gamifikasi melalui pelbagai misi interaktif seperti Global 
Drug War, Border Crisis Crossword Puzzle, Global Memory Card Challenge, Fake News Hunter 
dan Whack the Virus. Pembangunan aplikasi ini berasaskan Teori Gamifikasi oleh Deterding et 
al. (2011), Teori Pembelajaran Berasaskan Permainan oleh Prensky (2001), Teori 
Konstruktivisme oleh Piaget (1976) serta Teori Kognitif Multimedia oleh Mayer (2009). Aplikasi ini 
dilaksanakan dalam satu sesi pembelajaran yang mengambil masa sekitar 20 hingga 30 minit 
dan diakhiri dengan Final Global Challenge bagi mengukur tahap penguasaan murid. Dapatan 
penggunaan aplikasi menunjukkan peningkatan penglibatan murid dalam pembelajaran, 
penguasaan fakta yang lebih baik, peningkatan motivasi serta minat terhadap mata pelajaran 
Sejarah. Di samping itu, aplikasi ini turut membantu guru melaksanakan pentaksiran secara lebih 
sistematik melalui penjanaan skor, tahap penguasaan dan sijil digital secara automatik. Secara 
keseluruhannya, Operation Global Shield berupaya menjadi medium pembelajaran digital yang 
inovatif, interaktif dan berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap Topik 10.1 
Malaysia dalam Isu Global Kontemporari serta menyokong pelaksanaan pendidikan digital 
selaras dengan aspirasi pendidikan abad ke-21.