TR384: KR2 VOL.2: KETUPAT RAMA-RAMA VOLUME 2

SIK JIA INN KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN

KR2 VOL.2: KETUPAT RAMA-RAMA VOLUME 2 merupakan satu inovasi bahan bantu mengajar yang dibangunkan bagi membantu pelajar memahami kaedah mudah dalam mencari nilai perkadaran. Inovasi ini direka berasaskan konsep visual berbentuk ketupat yang membolehkan pelajar mengenal pasti hubungan antara nilai-nilai yang terlibat dalam sesuatu perkadaran dengan lebih sistematik. KR2 VOL.2 sesuai digunakan dalam pelbagai tajuk yang melibatkan perubahan nilai secara terus, termasuk situasi yang memerlukan penukaran unit. Pendekatan visual dan interaktif yang diterapkan dalam inovasi ini dapat mengurangkan kekeliruan pelajar serta meningkatkan kefahaman konsep perkadaran. Diharapkan bahan inovasi KR2 VOL.2 dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah perkadaran dengan lebih mudah, tepat dan berkesan.