TR575: MAGIC APRON

NUR DAMIA SAFIAH BINTI ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

INEX26 | Tertiary Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 12 Views | 29 times | LS: 29.0
Like it? | Support them now!

MAGIC APRON merupakan inovasi apron pelbagai fungsi yang direka bagi memudahkan penyimpanan, penyusunan dan pengurusan alatan semasa menjalankan aktiviti amali. Inovasi ini dihasilkan menggunakan bahan kitar semula seperti tikar nilon, skirt jeans dan kain perca sebagai usaha menggalakkan kelestarian alam sekitar serta mengurangkan pembaziran bahan. Reka bentuk apron yang praktikal dan dilengkapi poket pelbagai saiz membolehkan alatan disusun secara sistematik, mudah dicapai dan selamat digunakan. MAGIC APRON sesuai diaplikasikan dalam pelbagai bidang kemahiran seperti seni kulinari, seni reka fesyen dan kosmetologi yang memerlukan penggunaan pelbagai alatan semasa aktiviti amali. Penggunaan inovasi ini dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerja, menjimatkan masa, mengurangkan pergerakan yang tidak perlu serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kemas, selesa dan teratur. Selain itu, reka bentuknya yang fleksibel dan mesra pengguna dapat membantu pelajar melaksanakan tugasan dengan lebih lancar, sekali gus meningkatkan fokus serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Inovasi ini turut menerapkan nilai kreativiti dan kesedaran terhadap kepentingan penggunaan semula bahan terpakai. Secara keseluruhannya, MAGIC APRON berpotensi menjadi alat sokongan amali yang praktikal, ergonomik, inovatif dan menjimatkan kos serta sesuai digunakan dalam pendidikan dan latihan kemahiran TVET.

Kata kunci: MAGIC APRON, apron pelbagai fungsi, kitar semula, pengurusan alatan, pendidikan TVET.