NURUL IMAN BINTI MOHD SUZIARMI SMA Sungai Petani
AQUALESTARI: SISTEM AKUAPONIK LESTARI
AquaLestari merupakan inovasi sistem akuaponik yang menggabungkan penternakan ikan dan penanaman kangkung dalam satu sistem bersepadu. Projek ini dibangunkan bagi meneroka kaedah penghasilan makanan secara lestari serta meningkatkan kesedaran tentang keselamatan makanan. Sistem ini menggunakan tangki ikan, pam air, paip dan saluran tanaman. Pembangunan dan pengujian sistem memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran STEM serta penyelesaian masalah. AquaLestari berpotensi dijadikan model pembelajaran dan penghasilan makanan berskala kecil di sekolah, rumah dan komuniti.