SS742: AFIYAH 360: PENUAAN SIHAT BERTERASKAN WAHYU DAN SAINS

NUR ALYA BINTI BASRI KOLEJ PERMATA INSAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

INEX26 | Secondary School

CR: 0.1000 | 1 Likes | 10 Views | 5 times | LS: 6.1
Like it? | Support them now!

 

Bilangan warga emas di Malaysia akan meningkat daripada 7% pada tahun 2007 kepada 15% pada tahun 2035. Pertambahan dua kali ganda ini menyebabkan aspek pengurusan kesihatan perlu diberi perhatian oleh kerajaan dan masyarakat. Penyakit-penyakit seperti sakit lutut (osteoarthritis) dan kehilangan otot ini sering berlaku ketika manusia mula berumur 40-45 tahun ke atas. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi masalah kesihatan ini seperti penuaan(sarkopenia), kurang pergerakan, kehausan rawan sendi dan makanan kekurangan zat. Masalah penyakit ini boleh diatasi melalui latihan rintangan, fisioterapi, diet tinggi zat dan protein, serta rawatan perubatan. Tetapi, warga emas yang ingin mendapatkan rawatan perubatan, fisioterapi dan sebagainya memerlukan penggunaan kenderaan untuk ke pusat khusus. Perkara ini akan menjadi punca kepada pembebasan asap kenderaan bermotor yang menyebabkan pencemaran udara. Pencemaran udara ialah satu keadaan yang mana terdapat perubahan kandungan bahan kimia, jirim zarahan atau wujudnya bahan pencemar di dalam udara atau atmosfera yang berbahaya kepada kehidupan merangkumi manusia, haiwan dan tumbuhan. Antara penyebab pencemaran udara ini adalah pembakaran terbuka, bilangan kenderaan bermotor yang bertambah dan loji perindustrian yang tidak terkawal. Di Malaysia, pada tahun 2022, sejumlah 3,565.1 tan metrik bahan pencemar dibebaskan ke udara. Bahan pencemar tersebut merangkumi 2,454.4 tan metrik pelepasan daripada kenderaan bermotor, 855.5 tan metrik daripada stesen janakuasa, 119.5 tan metrik daripada industri dan 135.8 tan metrik dari lain-lain punca. Kami mencipta laman web yang mengandungi faktor mempengaruhi penyakit warga emas tersebut dan cara-cara mengatasi. Inovasi ini bertujuan memberi peluang kepada warga emas untuk mengatasi masalah penyakit-penyakit yang boleh menjejaskan urusan seharian mereka tanpa membebaskan asap kenderaan bermotor. Kesimpulannya, inovasi ini dapat meningkatkan kadar hijau di negara ini sekali gus menjamin kehidupan yang lebih sihat bagi masyarakat terutama warga emas.