Nur Safiya Balqis Binti Ahmad Helmi KOLEJ VOKASIONAL DATO' UNDANG HJ MUHAMAD SHARIP
Mixora Rack merupakan produk inovasi dalam bidang Bakery & Pastry yang direka khas untuk menyimpan aksesori mesin pengadun dan peralatan bakeri secara sistematik. Produk ini menggunakan kayu sebagai bahan utama dan dilengkapi dengan tempat gantung aksesori mixer, ruang penyimpanan spatula serta bekas khas untuk menyimpan kertas pembakar (baking paper). Inovasi ini bertujuan mengatasi masalah peralatan yang berselerak, sukar dicari dan menggunakan ruang kerja yang banyak. Reka bentuknya yang praktikal dapat menjimatkan ruang, memudahkan proses penyimpanan dan memastikan peralatan lebih tersusun. Selain itu, produk ini dapat meningkatkan kekemasan, keselamatan dan kecekapan kerja di bengkel. Mixora Rack sesuai digunakan oleh pelajar Kolej Vokasional serta pengusaha bakeri yang memerlukan sistem penyimpanan peralatan yang lebih teratur, mudah digunakan dan menjimatkan ruang.