PS472: PENGGERA LAMPU PINTAR

HARIS ZAFRAN BIN MOHD ZULFAZLI SRITI IMTIAZ BANTING BARU

INEX26 | Primary School

CR: 0.1798 | 16 Likes | 89 Views | 9 times | LS: 27.9
Like it? | Support them now!

LAMPU PINTAR

Projek inovasi PENGGERA LAMPU PINTAR ini dibangunkan sebagai satu prototaip kawalan pencahayaan automatik khusus untuk kegunaan bilik darjah di sekolah SRITI Imtiaz Banting Baru. Projek ini bertujuan untuk mengatasi masalah pembaziran tenaga elektrik akibat penggunaan lampu secara berlebihan sewaktu keadaan persekitaran sudah cukup terang. Sistem ini menggunakan sensor Perintang Peka Cahaya (LDR) yang berfungsi mengesan keamatan cahaya di dalam kelas secara pemasa nyata (real-time).

LDR akan mengesan aras keamatan cahaya persekitaran yang tinggi dan menyebabkan LED Merah menyala serta pennggera berbunyi sebagai tanda AMARAN.  Inovasi ini secara langsung menyokong aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) - Smart Green menerusi pengurusan tenaga yang cekap, penjimatan penggunaan elektrik, seterusnya mengurangkan kos bil elektrik sekolah secara optimum.