PS744: ARBAR FUN FAIR

AURIS RASHAD BIN ASRUL RIZWAN SK TELOK GONG

INEX26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 11 times | LS: 11.0
Like it? | Support them now!

Projek ARBAR FUN FAIR merupakan projek STEM berasaskan Matematik yang menghasilkan taman permainan menggunakan bahan kitar semula. Projek ini mengaplikasikan konsep perimeter dan luas. Projek ARBAR FUN FAIR menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mereka bentuk dan menghasilkan model secara kreatif melalui proses penglibatan, penerokaan, penerangan, penghuraian dan penilaian. Projek ini turut menggalakkan kreativiti, inovasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi melalui aktiviti mereka cipta. Penggunaan bahan terbuang dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kitar semula, menjimatkan kos dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Secara keseluruhannya, projek ini menjadikan pembelajaran Matematik lebih praktikal, menarik dan bermakna melalui aplikasi konsep dalam situasi kehidupan sebenar.