PR634: Cermin Mata Pink Nina

Nur Nafishah Azmi Fakulti Filem, Teater Dan Animasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana

INEX26 | Professional Innovator

CR: 0.6094 | 39 Likes | 64 Views | 9 times | LS: 71.8
Like it? | Support them now!

Masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak, seperti ralat biasan (refractive error) dan mata malas (amblyopia), sering kali terlepas pandang oleh ibu bapa kerana kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan untuk meluahkan masalah penglihatan yang dialami secara berkesan. Sikap menganggap aduan anak-anak sebagai perkara remeh atau sekadar dorongan permainan gajet telah melengahkan tindakan saringan dan rawatan awal. Sehubungan itu, inovasi Komik "Cermin Mata Pink Nina" dibangunkan hasil kerjasama pakar optometri UiTM bagi menangani jurang kesedaran ini melalui pendekatan penceritaan visual dan empati (empathetic storytelling). Inovasi ini menterjemahkan situasi realiti harian kanak-kanak yang mengalami gangguan penglihatan, seperti tulisan papan hitam yang berbayang-bayang (double vision) dan kekeliruan mengeja huruf ke dalam bentuk ilustrasi grafik yang menarik dan mesra kanak-kanak. Berbeza dengan bahan edukasi kesihatan konvensional yang bersifat terlalu klinikal, komik ini meletakkan ibu bapa dan guru dalam sudut pandang penglihatan sebenar kanak-kanak (visual empathy), sekaligus memudahkan pemahaman mengenai simptom-simptom awal masalah mata.  Impak utama inovasi ini merangkumi peningkatan tahap kesedaran ibu bapa, pemerkasaan guru dalam mengesan murid berisiko di dalam bilik darjah, serta penggalakan tindakan saringan awal ke klinik optometri. Secara keseluruhannya, Komik "Cermin Mata Pink Nina" berpotensi besar untuk dijadikan sebagai alat saringan kesedaran awal berasaskan komuniti dan sekolah yang mampan, interaktif, dan berimpak tinggi.