SS363: EcoBoard

NUR AUNI BINTI NORDIN ZAKI SMK AGAMA SHEIKH HAJI MOHD SAID

INEX26 | Secondary School

CR: 0.1667 | 2 Likes | 12 Views | 20 times | LS: 22.3
Like it? | Support them now!

ABSTRAK
EcoBoard: Grow Ideas, Save Earth ialah papan komposit inovatif yang dihasilkan daripada tekstil terpakai menggunakan gabungan gam kanji dan Polyvinyl Acetate (PVAc). Melalui konsep upcycling, sisa tekstil ditukarkan kepada papan kenyataan yang praktikal, kukuh, ringan dan mesra alam. Projek ini tercetus daripada masalah pengurusan sisa tekstil yang semakin meningkat serta kelemahan papan kenyataan konvensional seperti span dan gabus yang mudah rosak akibat penggunaan pin, kelembapan dan faktor persekitaran.
Projek ini bertujuan menghasilkan alternatif papan kenyataan yang lebih lestari, mengurangkan sisa tekstil dan membuktikan bahawa bahan buangan boleh diberi nilai tambah. Tekstil terpakai dipotong kepada cebisan kecil, dicampurkan dengan gam kanji dan PVAc, kemudian dibentuk serta dipadatkan menggunakan acuan sebelum dikeringkan. Prototaip yang dihasilkan diuji dari aspek kekuatan, ketahanan dan kesesuaian sebagai papan kenyataan.
Hasil menunjukkan tekstil terpakai berpotensi dijadikan papan komposit yang praktikal dan bernilai. EcoBoard menyokong ekonomi kitaran serta selaras dengan SDG 4, SDG 11, SDG 12 dan SDG 13. Kesimpulannya, EcoBoard berpotensi dikembangkan sebagai papan pameran, papan maklumat dan bahan binaan ringan bagi menyokong kelestarian alam sekitar. Inovasi ini juga menggalakkan warga sekolah mengamalkan pengurusan sisa secara bertanggungjawab serta membuka peluang untuk menghasilkan produk baharu yang berguna, bernilai dan berpotensi dikomersialkan secara meluas dalam komuniti pada masa hadapan.