AHMAD NAFIS BIN AHMADHAKAMULHAADI MRSM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
FABRICULOUS – Silk Panel Coating merupakan inovasi kemasan panel yang menggabungkan Gold/Silver Lame, Laser Sequins, Natural Rock-Chip, kekabu dan Plant Gum untuk menghasilkan permukaan yang menarik, unik dan mempunyai nilai estetika. Produk ini menawarkan kepelbagaian warna, corak dan tekstur yang boleh disesuaikan mengikut kreativiti pengguna. FABRICULOUS berpotensi menjadi alternatif kemasan dekoratif untuk pelbagai ruang dalaman. Selain itu, produk ini meneroka ciri tambahan seperti ketahanan api, ketahanan kelembapan, pengurangan pertumbuhan kulat, aromaterapi dan penyerapan bunyi. Ujian lanjut diperlukan bagi mengesahkan keberkesanan ciri-ciri tersebut sebelum produk digunakan secara meluas.