MUHAMMAD IMAN RAFIQI BIN MOHD RAZI SMK TENGKU LELA SEGARA
Projek ini membangunkan Sistem Peringatan dan Pengedar Ubat Pintar untuk membantu pengguna mengambil ubat tepat pada waktunya, khususnya warga emas dan pesakit yang memerlukan pengambilan ubat berkala. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan dos terlepas serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna.
Sistem ini menggunakan Huskylens dan platform Blynk untuk memantau status pengambilan ubat, dan menghantar notifikasi kepada pengguna atau penjaga secara masa nyata. Sistem ini dilengkapi dengan tiga slot pengedaran utama (pagi, petang dan malam) yang berfungsi secara automatik berdasarkan jadual yang telah diprogramkan.
Ciri keselamatan dipertingkatkan menggunakan HuskyLens untuk pengecaman wajah bagi memastikan hanya pengguna yang sah boleh mengambil ubat. Sistem turut dilengkapi dengan motor servo dan pelbagai sensor bagi membolehkan operasi pengedaran ubat secara automatik dan tepat.
Secara keseluruhan, sistem ini merupakan penyelesaian yang dapat meningkatkan kecekapan, keselamatan, dan pemantauan dalam pengurusan pengambilan ubat.