TR71: Lecturer Room Alert System (LRAS)

RAOUF TAQIYUDDIN AT-THALITH BIN MUSA KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

INEX26 | Tertiary Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 37 Views | 4 times | LS: 4.0
Like it? | Support them now!

Lecturer Room Alert System (LRAS) merupakan inovasi sistem pemberitahuan pintar berasaskan Internet of Things (IoT) yang dibangunkan bagi memperkasa pengurusan komunikasi antara pelajar dan pensyarah secara lebih cekap, pantas dan sistematik. Inovasi ini direka untuk menyelesaikan masalah ketidakpastian keberadaan pensyarah, kelewatan penyampaian maklumat serta ketiadaan rekod lawatan pelajar yang tersusun di Sanggar Bakti, Kolej Vokasional Shah Alam. LRAS menggabungkan mikropengawal Arduino Nano, modul komunikasi tanpa wayar nRF24L01, buzzer, papan kekunci dan antara muka laman web bagi membentuk satu ekosistem komunikasi pintar yang mesra pengguna. Melalui pendekatan metodologi Agile, sistem ini dibangunkan secara berfasa merangkumi perancangan, analisis, reka bentuk, pembangunan, pengujian dan penambahbaikan. Keberkesanan LRAS dinilai melalui soal selidik melibatkan 21 responden yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah. Dapatan menunjukkan 95.2% responden bersetuju bahawa LRAS mampu mengurangkan masa menunggu, meningkatkan keberkesanan komunikasi dan memperkemas pengurusan perjumpaan. Selain itu, 100% responden menyokong penggunaan LRAS sebagai alternatif kepada kaedah manual sedia ada. Secara keseluruhannya, LRAS berpotensi menjadi solusi inovatif ke arah transformasi digital institusi pendidikan. Sistem ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengurusan perjumpaan, malah mempunyai potensi untuk diperluas ke bilik guru, pejabat pentadbiran dan institusi pendidikan lain. Penambahbaikan masa hadapan melalui integrasi sensor pergerakan turut membuka peluang untuk mengemas kini status keberadaan pensyarah secara masa nyata, selaras dengan aspirasi pendidikan pintar masa hadapan.