PS332: Sahabat Selamat HL2

CHANG KAI ER SJKC HUA LIAN 2

INEX26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 9 times | LS: 9.0
Like it? | Support them now!

ABSTRAK

Sahabat Selamat merupakan inovasi sistem keselamatan yang dibangunkan untuk membantu menangani masalah buli di kawasan sekolah yang kurang pengawasan, khususnya tandas. Sistem ini dilengkapi dengan butang kecemasan, pengesan jeritan, sistem amaran, skrin LED dan lampu LED. Apabila murid berada dalam keadaan terancam, murid boleh menekan butang kecemasan atau menjerit untuk mengaktifkan sistem amaran. Alarm dan lampu LED akan diaktifkan, manakala skrin LED memaparkan isyarat bantuan bagi menarik perhatian guru atau pengawas untuk bertindak dengan segera. Inovasi ini diharapkan dapat mempercepatkan bantuan kepada mangsa buli serta mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat, aman dan kondusif.

Kata kunci: Sahabat Selamat, buli, keselamatan sekolah, kecemasan, pengesan jeritan