NUR AMANI BINTI YUSAINI KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK
Tajuk Poster : “DormFold” : Store Smart, Carry Easy
Produk ini merujuk kepada masalah ruang penyimpanan yang terhad dalam loker asrama. Kebanyakan loker pelajar mempunyai ruang yang kecil dan menyebabkan pakaian, buku serta barangan keperluan harian sukar disusun dengan kemas. Keadaan ini boleh menyebabkan barang menjadi bersepah dan mengambil banyak ruang di dalam loker.
Bagi mengatasi masalah tersebut, DormFold direka sebagai organizer loker yang boleh membantu pelajar menyusun barang dengan lebih teratur. Produk ini boleh digantung di dalam loker dan menggunakan ruang secara menegak supaya lebih banyak barang dapat disimpan dalam ruang yang terhad.
Keunikan produk ini ialah gabungan dua fungsi dalam satu produk, iaitu sebagai organizer loker dan tote bag. Produk ini sesuai digunakan apabila pelajar ingin mengemas loker, berpindah bilik atau membawa barang pulang ke rumah. Reka bentuknya yang mudah dilipat juga menjadikan DormFold lebih praktikal dan mudah disimpan apabila tidak digunakan.
Dari segi penggunaan bahan, DormFold menggunakan lebihan fabrik dan dimanfaatkan semula sebagai bahan utama produk. Penggunaan lebihan fabrik dapat membantu mengurangkan pembaziran bahan tekstil serta mengurangkan jumlah sisa yang dibuang.
DormFold disasarkan kepada pelajar asrama sekolah, kolej dan institusi pengajian yang menghadapi masalah ruang penyimpanan yang terhad. Produk ini masih berada pada peringkat prototaip dan akan ditambah baik dari segi kekuatan, saiz, kapasiti penyimpanan dan keselesaan penggunaan.