NIKKI ANAK SELLYVIA SUZIE KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Inovasi Silangkata KSKdi Kolej Vokasional Miri terbukti menjadi pemangkin kejayaan akademik apabila berjaya melonjakkan PNGK Matematik SVM keseluruhan daripada 1.97 kepada 3.13 serta memastikan 100% pelajar galus lulus dengan purata PNGK 3.01. Melalui pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran kolaboratif yang diaplikasikan dalam topik penyelesaian masalah asas nombor, inovasi ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman teknikal pelajar, malah memupuk kemahiran insaniah kritikal seperti kepimpinan, komunikasi, dan pemikiran kreatif yang sangat relevan dengan keperluan industri masa kini.