PS479: Pyramid Xplorer

Muhammad Adam Arif Bin Noradhwa SK Tanjong Bidara, Perak

INEX26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 14 times | LS: 14.0
Like it? | Support them now!

ABSTRAK PYRAMID XPLORER

Pyramid Xplorer merupakan inovasi digital yang dihasilkan oleh Muhammad Adam Arif dan Nur Dafinah Rauffah, murid Tahun 6, dengan bimbingan Cikgu Meor Azlan. Inovasi ini dibangunkan menggunakan Canva AI bagi menyokong pembelajaran Pendidikan Kesihatan, khususnya topik Piramid Makanan. Pembangunan aplikasi ini tercetus daripada keperluan untuk menyediakan bahan pembelajaran yang lebih menarik, mudah difahami dan interaktif. Objektif inovasi ini adalah untuk membantu murid memahami kandungan Piramid Makanan, memudahkan ulang kaji serta menguji pengetahuan melalui kuiz. Pyramid Xplorer menyediakan nota digital dan kuiz yang membolehkan pengguna meneroka kandungan pembelajaran secara kendiri. Penghasilan inovasi ini turut memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan kreativiti, kemahiran digital dan pengetahuan dalam penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Secara keseluruhannya, Pyramid Xplorer berpotensi menjadi bahan bantu belajar alternatif yang menggabungkan teknologi digital dengan pembelajaran Pendidikan Kesihatan. Inovasi ini diharapkan dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran dan menggalakkan penggunaan teknologi secara kreatif serta bermakna dalam pendidikan.

Kata kunci: Pyramid Xplorer, Piramid Makanan, Canva AI, inovasi digital, Pendidikan Kesihatan.