NUR FAZILA BINTI SALLEH SMK SERI KOTA PALOH
RoLution (Rotate with L Solution) merupakan inovasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik yang dibangunkan bagi meningkatkan penguasaan murid Tingkatan 2 dalam topik Putaran di bawah Transformasi Isometri. Inovasi ini tercetus daripada kesukaran murid menentukan arah, sudut dan kedudukan imej selepas putaran pada satah Cartes. Tinjauan awal terhadap 29 orang murid Tingkatan 2 Kota Cerdik, SMK Seri Kota Paloh mendapati 51% murid kurang berminat terhadap topik ini kerana menghadapi kesukaran memvisualisasikan perubahan kedudukan objek. RoLution mengintegrasikan teknik manipulatif fizikal berbentuk huruf L, kaedah mnemonik melalui nyanyian serta platform digital interaktif yang mengandungi latihan, gamifikasi dan pentaksiran formatif. Pelaksanaan inovasi berasaskan Pembelajaran Berasaskan Projek (PjBL) dan Engineering Design Process (EDP) yang menekankan pembelajaran secara hands-on, penerokaan dan penyelesaian masalah. Keberkesanan inovasi dinilai melalui pemerhatian, soal selidik serta ujian pra dan pasca. Dapatan menunjukkan peningkatan purata pencapaian murid daripada 40% kepada 88%, iaitu peningkatan sebanyak 48 mata peratusan. Selain meningkatkan kefahaman konsep putaran, inovasi ini turut meningkatkan minat, keyakinan dan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran Matematik. RoLution juga membantu guru melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara lebih sistematik dan berkesan. Secara keseluruhannya, RoLution merupakan inovasi pendidikan yang praktikal, berkos rendah, mudah diaplikasikan dan berpotensi diperluas penggunaannya bagi menyokong pembelajaran Matematik yang lebih interaktif, bermakna dan berpusatkan murid.
Kata kunci: RoLution, Transformasi Isometri, Putaran, Pembelajaran Berasaskan Projek, Inovasi Matematik, Pembelajaran Interaktif.