SS404: SPECIAL LATHE WORKPIECE HOLDER & INNER THREAD MAKER

NUR IZZAH INSYIRAH BINTI ASMAWI KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

INEX26 | Secondary School

CR: 0.0667 | 1 Likes | 15 Views | 6 times | LS: 7.1
Like it? | Support them now!

Special Lathe Workpiece Holder and Inner Thread Maker ini merupakan satu projek yang mampu digunakan untuk kerja yang memerlukan kemahiran yang tinggi bagi melakukan proses melarik selari dan membuat benang dalam. Idea ini tercetus dari hasil pemerhatian kami tentang masalah untuk melakukan proses larik selari dan membenang dalam menggunakan kaedah yang biasa digunakan, ini kerana proses melarik selari yang dijalankan sekali gus tanpa membuka bindu amat sukar dilakukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Special Lathe Workpiece Holder and Inner Thread Maker ini amat berguna bagi pelajar pemesinan industri untuk menjimatkan masa dalam membuat amali pada mesin larik. Projek ini dapat membantu para pelajar di bengkel agar dapat melarik selari dan membuat benang dalam dengan masa yang singkat berbanding menggunakan kaedah biasa. Ini kerana, kebanyakan pelajar di bengkel ingin membuat proses melarik selari dan benang dalam dengan kaedah biasa dan hanya orang yang berkemahiran tinggi mampu melakukan proses melarik dengan mudah. Dengan adanya Special Lathe Workpiece Holder and Inner Thread Maker ianya lebih mudah, selamat dan pantas. Special Lathe Workpiece Holder and Inner Thread Maker ini menjimatkan masa dari segi mengubah kedudukan bahan. Ini akan memudahkan pelajar membuat proses melarik selari dan benang dalam. Projek boleh membuat 2 proses iaitu proses melarik selari dan membuat benang dalam. Projek ini hanya boleh digunakan di mesin larik konvensional sahaja. Kesimpulannya kita akan dapat memudahkan kerja membuat proses melarik selari dan membuat benang dalam.