NORAQILA BINTI S.P. NAINA MOHAMED SMK BANDAR SAUJANA UTAMA (2)
Projek Smart Mat merupakan satu inovasi sistem keselamatan rumah yang direka untuk mengesan kehadiran individu di hadapan pintu secara automatik. Projek ini dibangunkan bagi mengatasi masalah penghuni rumah yang tidak menyedari kehadiran tetamu atau penceroboh, terutamanya apabila berada jauh dari pintu masuk. Sistem ini menggunakan sensor Force Sensitive Resistor (FSR) yang diletakkan di bawah alas kaki untuk mengesan tekanan daripada pijakan manusia. Isyarat daripada sensor diproses oleh mikropengawal ESP32 sebelum mengaktifkan buzzer sebagai amaran awal kepada penghuni rumah. Selain itu, sistem ini turut mengintegrasikan teknologi Internet of Things (IoT) melalui Web Dashboard yang membolehkan pengguna mengawal fungsi hidup dan mati sistem secara tanpa wayar menggunakan telefon pintar atau komputer riba. Smart Mat direka secara ergonomik, mudah digunakan serta tidak memerlukan pengubahsuaian pada struktur rumah. Inovasi ini dapat meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penghuni rumah secara lebih moden, praktikal dan efisien.