TR720: OIS CREAM 2.0

NUR IZZAH LIYANA BINTI HISHAMUDI KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH

INEX26 | Tertiary Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 8 times | LS: 8.0
Like it? | Support them now!

Inovasi ini merupakan satu formulasi krim penawar alternatif yang menggunakan bahan semula jadi bagi merawat dan melindungi kulit pada haiwan dan manusia. Produk ini dihasilkan melalui kaedah ‘double boiler’ menggunakan bahan murah, mudah didapati dan mesra alam. Bahan utama yang digunakan ialah minyak masak iaitu minyak kelapa sawit tempatan yang bertindak sebagai pelembap semula jadi serta berupaya menghalang pertumbuhan fungus pada kulit. Garam pula berperanan sebagai agen pendehidratan yang efektif dalam membunuh mikrob. Bagi meningkatkan kelestarian dan mengurangkan kos, formulasi untuk kegunaan haiwan menggunakan minyak masak terpakai. Produk ini disediakan dalam bentuk krim bagi memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Ujian keberkesanan telah dijalankan ke atas ayam kampung, kambing, biri-biri, kucing dan manusia. Hasil kajian menunjukkan penyembuhan dalam tempoh  14 hari di mana keberkesanan paling tinggi pada kucing dengan jangkitan kurap sederhana sembuh 100% selepas 4 hari rawatan. Selain itu, produk ini juga membantu mengurangkan bengkak pada kulit biri-biri dalam tempoh 7 hari.  Inovasi ini diharap dapat memberi manfaat khususnya kepada penternak dan pencinta haiwan. Keberkesanan terhadap manusia pula menunjukkan krim ini bertindak sebagai pelembap yang tidak melekit dan sangat berkesan merawat luka kecil termasuk gigitan serangga seperti semut Charlie. Formulasi untuk kegunaan manusia juga telah dipertingkatkan dengan penambahan kunyit sebagai antibakteria semulajadi dan variasi aroma dan  bagi menjadikan penggunaannya lebih menyenangkan dan meluas.