PS125: DeBot

NUR AISYAH DAMIA BINTI AZIZI SK SRI JAMIL

DeBot ialah robot penghantar barang yang dihasilkan oleh murid Tahun 5 untuk membantu peniaga dan petani kecil di kampung menghantar barangan jualan dengan lebih cepat dan mudah. Robot ini boleh membawa barangan ringan seperti sayur, buah, makanan atau hasil tanaman ke destinasi yang ditetapkan. Projek ini menyokong SDG 8: Decent Work and Economic Growth kerana DeBot dapat membantu meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa penghantaran dan membuka peluang penggunaan teknologi dalam ekonomi kampung. DeBot membuktikan bahawa teknologi robotik boleh digunakan untuk membantu masyarakat secara praktikal dan bermanfaat.