SS190: OILSORB ECOPAD MODULAR

FATEN NUR LYAHANI BINTI YUSOFF SMK TUN SYED NASIR ISMAIL

OilSorb EcoPad Modular™ ialah inovasi penyerap minyak terapung yang menggunakan serat daun nanas dan sabut kelapa sebagai bahan utama. Projek ini dibangunkan bagi menangani pencemaran air akibat tumpahan minyak serta memberi nilai tambah kepada sisa pertanian. Produk berbentuk heksagon dihasilkan menggunakan tepung jagung, gliserin dan air suling sebagai bahan pengikat, kemudian dibalut dengan kain kapas. Setiap modul boleh disambungkan untuk membentuk benteng terapung mengikut keluasan tumpahan. Pengujian melibatkan penyerapan minyak, kebolehan terapung, penggunaan semula dan biodegradasi. Inovasi ini berpotensi digunakan sebagai kit kecemasan tumpahan minyak dan menyokong SDG 6, 12, 13 dan 14.