Nur Dania Awatif Binti Mohd Hairul KV DATO' UNDANG HJ MUHAMAD SHARIP
Produk inovasi D’Line Ruler 2.0 merupakan alat bantu pembelajaran yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam Program Seni Reka Fesyen di Kolej Vokasional. Pembaris ini berfungsi untuk memudahkan proses melukis garisan pemadan semasa mendraf pola pakaian dengan lebih cepat, tepat dan kemas. Ciri utama D’Line Ruler 2.0 ialah mempunyai empat ukuran asas basi jahitan yang paling kerap digunakan oleh pelajar untuk menghasilkan garisan lurus serta melengkung dan menggabungkan empat ukuran basi jahitan utama, iaitu 1 cm, 1.5 cm, 2 cm dan 3 cm, serta dilengkapi skala pembaris untuk menyokong aktiviti mendraf pola. Dengan adanya ukuran tetap ini, pelajar tidak perlu lagi membuat ukuran berulang kali menggunakan pembaris lurus dan melengkung, sekaligus menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan ukuran.
Pembangunan inovasi dilaksanakan melalui proses mengenal pasti masalah, analisis keperluan pengguna, penghasilan reka bentuk, pembangunan prototaip dan penambahbaikan berdasarkan penggunaan. Hasil penggunaan menunjukkan proses pengukuran dan penandaan menjadi lebih mudah, cepat, tepat dan konsisten. Reka bentuk yang ergonomik dan mesra pengguna turut memudahkan pelajar mengendalikan alat semasa sesi amali.
D’Line Ruler 2.0 berpotensi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan keyakinan pelajar dalam kemahiran mendraf pola. Inovasi ini juga menyokong pembelajaran berasaskan kemahiran melalui pendekatan yang praktikal, menjimatkan masa serta mengurangkan kesilapan ukuran. Secara keseluruhannya, D’Line Ruler 2.0 merupakan inovasi yang praktikal, efisien dan relevan untuk memperkukuh penguasaan kemahiran mendraf pola dalam program Seni Reka Fesyen.
Kata Kunci : mendraf pola, garisan pemadan, garisan basi