SS596: TEMPOT

AMSYAR RIZQI BIN AMRI Sm Sains Banting

INEX26 | Secondary School

CR: 0.1190 | 5 Likes | 42 Views | 5 times | LS: 10.6
Like it? | Support them now!

TEM-POT (TEMPERATURE POT) merupakan inovasi moden yang menggabungkan fungsi memanaskan dan menyejukkan air dalam satu peralatan. Produk ini direka untuk menjimatkan masa dan ruang serta memudahkan urusan harian pengguna. Selain itu, TEM-POT dilengkapi dengan skrin digital yang memaparkan suhu dan peratusan bateri bagi memudahkan pengguna memantau keadaan pot.

Produk ini sesuai digunakan di rumah, asrama, pejabat dan ketika melancong. TEM-POT juga berpotensi untuk dikomersialkan kerana mempunyai fungsi yang praktikal dan menarik. Walau bagaimanapun, aspek keselamatan, kos penghasilan dan penggunaan tenaga perlu diberi perhatian untuk meningkatkan kualiti produk. Diharapkan TEM-POT dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan menjadi pilihan peralatan dapur yang berguna pada masa hadapan.